13 September 2013

Hindari Sombong


SUKAR TERIMA PANDANGAN ORANG LAIN

amat sukar untuk mereka terima pandangan orang lain walaupun merasakan pandangan itu baik dan bernas.Terutama bila pandangan itu datangnya daripada mereka yang berpangkat rendah ,masih muda dan tak sama taraf dari segi harta dan kekayaan.Mula mendabik dada dan tak mahu terima pandangan orang.

TERLALU EMOSIONAL

Bila berlaku perbincangan, mereka cepat tersinggung dan naik darah lalu akan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar orang sekeliling.

PILIH KAWAN

Mereka sombong hanya berkawan dengan yang sama taraf dengan dirinya saja.Manakala orang yang pangkat bawahan , nak tegur pun tak mahu.Bimbang jika darjat jatuh jika bergaul dengan orang bawahan.Malah , dalam memilih kawan pun , di mana yang dengar dan taat kepadanya saja yang akan menjadi teman rapat dan boleh dibawa ke majlis tertentu.

TINGGI SUARA

Setiap perbahasan atau perbincangan , dia akan tinggikan suara untuk keluarkan hujah dan pendapat.Lalu merasakan pendapatnya saja yang terbaik dan patut didengar oleh semua pihak.

TAK DENGAR NASIHAT

Mereka yang sombong amat payah untuk menerima teguran dan nasihat orang lain.selain tidak prihatin dengan kata-kata orang dan sukar untuk mendengar kata daripada mereka yang lebih dewasa.

TAK BERI PELUANG ORANG LAIN BERCAKAP

Dalam setiap pergaulannya , dia tidak akan memberikan orang lain peluang untuk keluarkan pendapat dan suka 'potong' percakapan orang lain dan merasakan pandangan orang lain itu tak bernas seperti pandangannya.

PEMIMPIN YANG KASAR

Jika dia menjadi pemimpin , dia akan memimpin dengan kasar dan keras terhadap orang bawahannya dan membuat arahan tidak timbang rasa dan perikemanusiaan asalkan memenuhi citarasa dia seorang tanpa mempedulikan orang lain.Jika dia yang menjadi pengikut , amat sukar untuk dia taat dan patuh kepada ketuanya.

SUSAH MEMAAFKAN DAN MEMOHON MAAF

Jika ada rakan melakukan kesalahan , amat sukar untuknya memaafkan kesalahan itu.Bahkan ditenking dan diherdik ketika orang lain cuba memohon maaf daripadanya.Kalau dia yang bersalah ,  susah dan berat meminta maaf.Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf.Bahkan tak mengaku bersalah.


 gambar dari pak cik google





 gambar dari pak cik google




♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

Catat Ulasan
Hak Cipta Terpelihara Csmaryam