31 Disember 2012

* Labuci Labuca *



hai semua!!...wah follower yam dah meningkat 39 gitu..terima kasih kepada kawan-kawan baru yam yang sudi follow blog yam.Meningkat dari dulu...tak ada la yam dok merapu sorang-sorang di blog ni.Eceh!!..hihi..
ok lah hari ni yam nak bercerita apa itu entry labuci labuca..:)..sebenarnya yam pakai letak ja nama tajuk tu..Labuci labuca tu yam nak tunjukkan baju  yam jadi pengapit member yam.Bertemakan ungu..Sebenarnya yam pun segan nak jadi pengapit.Bukan apa nak makan tak puas..hahaha..Syok-syok yam dok makan jurukemera kacau nak bergambar lak..Errmm tak puas rasanya nak belasah hidangan yang lazat depan mata..huhu..Nasib di rumah orang,kalau kaum kerabat yam memang dah belasah makan cukup-cukup.yam ni kuat makan..tengok badan la..Tapi berat dah turun dah nak tahu tak ??..Semenjak yam guna produk sepupu yam promosikan untuk slim balik..dulu 65 kg sekarang dah 60..alhamdulilah..dah kempis sikit perut..kihkih..Jenama dia Dr John dari Thailand..Krim dia memang panas sangat..tapi mula-mula ja..selepas 2 ok la cikit.Maaf la yam tak sempat nak tangkap gambar Krim 2 lagi..
ok lah sekarang yam nak tunjukkan baju yang yam jahit sendiri manik yer..tak sempat nak beli manik lain yam letak ja manik yang ada...tuan dia mesti puas hati hasil tangan sendiri..hihi..jom layan gambar labuci labuca..:)





♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

25 Disember 2012

* Baju Yam : Manik Crumble *


apa khabar semua?sihat?....alhamdulilah...yam sihat ja..terima kasih kepada member-member yang sudi follow blog yam yang tak seberapa ni..ada salah dan silap tolong tegur n tunjuk ajar..yam ni bukan pandai sangat :)..walaupun blog ni dah lama wujud..huhu..yam pun bukan selalu sangat nak update blog ni.sebab sibuk dengan kerja..awal bulan dan hujung bulan sibuk..memang tak sempat nak update..masa terluang yam curi-curi la update..:)..yam suka tengok blog orang comel-comel jer..blog ni yam buat pun bukan untuk glomur..tapi untuk diri yam..blog ni macam diari yam jugak la..kehidupan yam..kalau tak suka minta maaf..panjang pulak dah..terlari tajuk..huhu.ok hari ni yam nak tunjuk baju manik crumble..baju ni dah lama tapi baru sekarang yam dapat masukkan.Baju raya tahun lepas..:)..walaupun tahun lepas yam nak masukkan jugak dalam blog..tak suka sudah..hihi..baju tahun lepas buat crumble.ramai yang suka...manik crumble ni berat sikit.sebab yam beli manik crumble yang mahal sikit..dia macam mutiara jugak la..tapi yang brand besa ja..mutiara giler mahal hahaha...Crumble paling senang jahit manik..yam buat simple ja..manik crumble ni tak keluar kaler..kalau ambik yang murah ringan dan cepat keluar kaler nyer,..nak beli kena ada kod dia@no..tahan lama sikit..ok jom layan gambar baju raya tahun lepas yam 2011 :)...



 
 
 
 

♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

24 Disember 2012

JOM JOIN BLOGGER BARU




Assalammuaikum semua...Pagi-pagi dah bukak blog..huhu..kerja tak buat lagi..rindu sama blog dah banyak hari tak bukak..ok lah merapu ja banyak.Tengok tak gambar kat atas??..Segmen tingkat follower.macam yam punya blog la..hehe..jom join..ni link dia http://www.ahsfantasy24.com/2012/12/bloglist-blogger-baharu-2013-segmen.html..tinggalkan URL kita. Kita akan dimasukkan dalam himpunan bloglist blogger baharu di sini.http://gengbloggerbaru.blogspot.com/.ok siap..:)









♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

18 Disember 2012

* Lirik Lagu : Muara Hati *



Hai...tiba-tiba hari ni che yam jiwang lak..huhu...mengantok.bosan semua ada arr...En Is???..entah la hilang kemana..Yam bukan nak ambik tahu sangat.Malas nak konkong.....Ayat sedih ja..Hati ni ntah la..macam-macam fikir.........................dengar lagu pulak semua cintan cinton..sedih ada...waaaa..Rindu..rindu...cinta..cintaa...nangis...nagis..kadang-kadang yam nangis jugak sorang-sorang.Yam ni cepat sensitif dan kuat cemburu...Alahai en is oiii............Arghh!!..kalau depan memang lebam yam kerja kan...sabar-sabar...tak baek taw..:)...ok lah jom layan Lirik lagu muara hati..dah lama lagu..saja ja nak hilang bosan yam..hoho...Biar la nak kata ketinggalan zaman pun..yam tak kisah..best sangat lirik dia...bayangkan yam dan en is nyanyi..huhu...rosak terus lagu siti dan hafiz...:0



 MUARA HATI


cinta terpisah ruang waktu
tetap cinta bersatu dalam hatiku
walau raga kita tak mungkin bersama
ku yakini hatikan tetap setia
ku percaya kemana pun kau berjalan
suara cinta menuntunmu kepadaku
kerna bila cinta sudah bersemadi
takkan terpisah hati


Chorus
demi cinta dalam hatimu
ku yakin engkau untukku
meski jejak pisahkan kita
cinta kan bawa kembali padamu
aku ada kerna kau ada 
dan cinta hatiku hanyalah untukmu
jalanku tertuju padamu

kemana pun kan pasti kembali 
Ulang chorus

demi cinta dalam hatimu
niarkan aku merasuk
bersatu dalam hatimu
hanya dirimu dan aju
demi cinta dalam hatimu

biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)

cinta...................







 

♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

17 Disember 2012

* SELAMAT PENGANTIN BARU! *


Selamat pengantin baru kepada Beto dan pasangannya..beto nama samaran nama betoi rabiatul adawiyah :) nama pasanganya lupa lak..huhu,,semoga bahagia selalu dan kekal hingga akhir hayat....Rumah beto ni dekat ja dengan rumah yam..Bertema kan ungu..cantik baju beto..orangnya pun cantik jugak :)..Lagi member yam dah kahwin..:)..yam??buat-buat faham, dah la..huhu..kemarin/semalam ada 2 kenduri.. petang rumah  beto..Malam pulak dirumah sepupu yam di penanti..Yam dan family bercampur kaum kerabat Badang kg yam ler naik sebiji bas..tak payah dok sewa mahal-mahal sebab bas abang sepupu..percuma ja..apa lagi percuma ja ikut ja la makan nasi pun percuma..huhu...semua nak free ja kamu ni yam..semalam yam makan apa yang ada didepan..lagi bertambah berat badan.tak berani nak timbang berat badan pagi ni..mesti naiknya...Nanti mesti en is bising..kata nak diet..tapi pantang dapat makan belasah cukup-cukup..hoho..petang ni yam nak pergi lawan main bowling..tapi yam bukan pandai sangat..masuk longkang 2 ada la jugak..hahaha...Dah orang suruh masuk,masuk ja la...free la sapa tak mau ka..Isshh...free lagi..kamu ni yam..macam kedekut lak..haha..Tak ada la..dah lama tak pegang bola bowling..belasah ja la petang ni..Sapa suruh masuk nama yam..kalah belakang kira..Asal dapat main...dah lama tak main bowling semenjak kak ipar yam mengandung.ok la yam nak tunjuk gambar member yam kahwin semalam..gambar tak berapa banyak sangat..Kebayakan gambar di Hp sepupu yam (wani) sebab Hp dia clear tangkap gambar dari HP yam :).ok jom layan......................




 selamat pengantin baru beto & pasangan



 cantik beto..make up dia pun simple ja..




 yang ni sapa ntah!!..huhu..sebelum pergi kenduri posing dulu..:)


 ni yam dan sepupu (wani)..kami ni gila bergambar..huhu


ni pic pergi kenduri rumah sepupu ni penanti..tudung???sama ja..haha..
sebab malas nak ayen tudung lain..hihi..
tapi kemalasan bukan melampau..:)






♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

14 Disember 2012

* SELAMAT PAGI! *


Selamat pagi semua...amacam hari ni sihat ka..tak mau sedih-sedih or muka masam-masam pagi yang indah ni..:)..hilang seri wajah & cepat berkedut..huhu...yam sihat ja..cuma rindu kat seseorang ja...mesti ada yang terkejut kan...sebenarnya sudah nak masuk 4 tahun yam tak bersua muka dengan cinta yam ni sapa lagi kalau bukan En is yam ler...lama kan??macam mana la yam boleh bertahan dan tak berjumpa sampai 4 tahun dah...semua tu mesti kena kesabaran yang kuat..huhu..gaduh??mesti ada gak...Yam di kedah...Cintaku di negeri sembilan..kenapa tak pergi jumpa..faham-faham ler yam perempuan sorang.Nak pergi mana pun mesti abang-abang dan kak-kak ipar yang temankan.Nak ikut kawan memang susah.Family tak percaya sangat.sebab sekarangkan banyak kes rogol,culik..macam-macam la...minta dijauhkan dari 2 la..tapi yam lebih selesa jalan-jalan dan shoping dengan family rasa lebih selamat.Bukan yam tak nak pergi dengan member..Faham-faham la yer..4 tahun selepas ni 5 tahun pa..huhu..harap-harap yam dapat jumpa en is jugak...rindu terpedam gitu.Tuhan tolong temukan yam dengan sidia...hohoho....masing-masing pun dah berubah..tambah yam lagi makin bulat...hahaha...umm...member-member sekarang pun dah banyak kahwin dan bertunang..jeles???..huhu..ada la cikit..sebenarnya yam takot lagi nak hadapi semua tu..jangan gelakkan yam taw..panjang plak karangan yam hari ni...:)..blog ni pun yam buat untuk diri yam sama..dan nak kongsi dengan pembaca.kalau ada silap dan salah jangan lupa tegur yam taw..yam masih baru lagi dalam blog ni..yam bukan nak jadi terkenal..saja suka-suka ja..dan hiburkan hati..cewwahhh!!hehehe..ok lah merapu banyak ja yam pagi-pagi ni..thanz sudi singgah blog yam dan jangan lupa tinggalkan komen dan tinggalkan jejak anda :) jumpa lagi...



 cik yam bulat kata en is...:)




En is yang kering...hihi



♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

13 Disember 2012

* MOHD MUKHRIS BIN MAHADHIR *

Rindu kat budak kecik ni..Minggu lepas yam pergi tidur rumah kak fairus..Esok nak pergi lain pulak..Nak kacau muhkris..huhu...Bising ibu yer..yam suka sangat baby.tambah-tambah yang tembam..hehe...nak cubit-cubit dan cium-cium dia ja..mak bising sebab baby tido..yam kan degil..suka sangat cium baby time pantang...wangi..orang kata bau surga...bila lak giliran yam pegang anak sendiri..gatai la kamu ni yam..tahu mak kan tak pasal suruh nikah...hahaha..yam utamakan kerja dulu..ada jodoh awal tak boleh tolak..:)..jom yam tungguk baby mukhris yang kepala yer dah botak..ada gambar sebelum ni yam dah tunjukk..baby mukhris..ni gambar terbaru mukhris..dulu 3.2 kg...sekarang dah 4.1 kg..cepat badan dia nek..tengok dia macam dah habis pantang ja :)...jom layan...




dah hilang rambut mukhris :)


 mukhris marah sebab cik yam dia kacau tym dia tidur..huhu





♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

12 Disember 2012

* Bunga Menjalar *


Apa tu Bunga menjalar??hahaha..yam pakai letak jer nama..tak tahu nak letak nama apa dekat baju member sepupu..Baju ni dah lama siap..sekarang baru sempat yam letak..Baju ni yam letak bunga menjalar gitu..huhu..mula-mula yam nak buat design lain.alih-alih dah buat bunga labuci..idea lain pulak muncul..yam harap tuan punya baju puas hati..yam bukan teror sangat jahit manik dan labuci ni...yam banyak tengok di buku dan internet nak bagi dapat idea la...baju dia senang jahit..sebab kain ya bukan jenis sensetif..senang yam nak letak labuci labuca..:)..maaf la gambar tak berapa clear kelabu ja besa la Hp biasa gitu...berangan nak beli kamera Nikon..hoho...bila agaknya...(:..insyallah kena tunggu simpanan lebih dulu..sekarang banyak benda yam nak buat dulu..ok lah jom layan gambar-gambar Baju bunga menjalar gitu..huhu....jumpa lagi semua..thanz sudi baca dan singgah blog buruk yam ni...dah baca jangan lupa komen dan komen yer....k...











♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

* Proses Urutan Wajah *




♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

06 Disember 2012

* ZIKIR & DOA KEKAL CANTIK *


 


1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan    dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
          • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
          • Baca ” Ya Nur ” 1x
          • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
          • Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.


♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

Hak Cipta Terpelihara Csmaryam