21 November 2012

* Anak Saudara Baru : Mukhris *

sihat ke semua...yam sihat saja...alhamdulilah kesihatan yam masih ok...Tambah-tambah bulan ni musim buah...wah!!...banyak betoi durian..di rumah,pejabat...Mmmm sedap...hihi...rambutan lagi la...dah tak larat nak makan...nasib la tempat kerja yam dekat dengan rumah..tak payah la nak beli tiket balik kampung...hihi...ok lah dah lari tajuk.Hari ni yam tunjuk baby baru(anak nakan@saudara baru)...tahun ni yam dapat anak nakan baru 2 orang taw.....bertambah anak nakan yam...2 2 comel sangat...yang ni baby boy..nama tak letak lagi...yam letak gambar dulu...jom layan...:)




ala-ala tomei dia tido....(:





mata macam anak cina :)

baru 3 hari berat 3.2 kg...

♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

18 November 2012

* Anak Saudara Baru : Zara *

apa khabar??..sihat ka...ok hari ni yam nak tunjuk baby baru...bukan anak yam la...Tapi anak nakan(buah) anak kepada Abg Di dan Kak zu...ni blog mama zara..blog kak zu Baby perempuan...comel sangat...sekarang ni di rumah tak ada la sunyi sangat....Kak zu berpantang dirumah...Tambah-tambah yam yang lebih.Dah lama tak main baby..Baby sendri???lambat lagi kot..hehe....Duduk ditempat kerja tak sabar-sabar nak balik...ada baby katakan...Meh yam nak tunjuk gambar baby...pasti geram punya...:)...sebab penat nak taip..pemalas la yam ni...tapi nak buat blog..huhu...ok lah...



Comel kan...:)


CaKK!!...zara...



ni baru 4 hari..berat 3.65 kg.....geram ja pipi dia...macam nak gigit ja...:)

jumpa lagi...bye-bye..

♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

14 November 2012

* Cara-cara Melupakan Kekasih *

  




Bukan senang nk melupakan kekasih lama yg amat disayangi tapi sampai bila nak mengenang org yg dah pergi meninggalkan kita tanpa menoleh & tinggalkan kita macam 2 sahaja…tanpa sebab….

Ok lah hari ni yam nak kongsikan tips untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi & dicintai.

Anda bersedia melupakannya bila

Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan menyeksa diri 
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.

Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.

Kehidupan berbeza 
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan.

Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Cara terbaik melupakan si dia:

* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.

Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

*Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan? 


♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

07 November 2012

FELT LAGI..

apa khabar??...sihat semua ka?...hari ni yam nak bercerita pasal felt yang yam baru belajar..kali ini yam cuba buat sarung pendrive,sarung hard disk dan kasut baby...saja cuba-cuba...berjaya jugak...mak kata kasut baby tu macam orang jepun ja...hehehe...ala mak yam baru cuba buat la...bukan teror lagi...Manik??..huhu...berhenti sebentar..coz nak tumpukan pada hobi baru katakan..manik ni banyak songeh cikit..hihi...ok lah merapu ja lebih..jom cuci mata tengok apa dah jadi yang yam buat ni...comel or huduh hahaha...



ni sarung pendrive tempahan dari sepupu..


ni lak sarung pendrive yam...semestinya pink&merah la..


 

sarung hard disk yam jugak..pink gitu..huhu..maaf la jahitan tak berapa kemas lagi...besa la baru belajar :))



lawak ja tengok kasut ni..hihi...:)

ok jumpa lagi......................

♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

01 November 2012

* Rindu kat Baby 2 orang ni *

hai-hai.......apa khabar sihat belaka ke?...yam sihat ja...tengok badan la..hahahaha..semakin naik..bukan dok turun...sapa sini ada petua nak turunkan berat badan.yam tak berani nak makan ubat yang ada jual sekarang.macam-macam produk..takot la pulak kang tak pasal jadi len..hihi...esok cuti...yes!!!...leh rehat..hoho...banyak kerja yang menanti di rumah...dan yang paling penting yam tengah tunggu dua orang anak saudara baru.tak sabar yer.....mak saudara dia yang beriya...hahaha..sebenarnya yam rindu sangat kat baby 2 orang ni...sorang dekat penang n sorang lagi di kuala lumpur...anak saudara sepupu....cucu mak jang di taiping...geram nak cubit pipi depa ni...Kasih n Faris tak rindu cik yam ke??bila nak datang lagi umah cik yam...hihi...mengada-gada...ok lah dah nak balik kerja ni..nanti rajin yam update len naa.......:)jumpa lagi...





ni faris ...tembm kan pipi dia..




ni yam & kasih...comel kan..macam yam tak?hihi...perasan terlebih...:)

♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

Hak Cipta Terpelihara Csmaryam