25 April 2011

* Guna Mata Hati Pilih Calon Suami *




Taksalah jika wanita memilih lelaki yang dia berkenan untuk menjadi calon teman hidup. Bagaimanapun caranya hendaklah mengikut adab-adab yang dibenarkan oleh syarak, dalam perkelanan ada batasan-batasan pergaulan yang mesti dijaga. Kalau wanita telah hilang sifat malunya hingga mengejar lelaki yang diminati akhirnya dia akan medapat lelaki yang sama jenis dengan tingkah laku dan perangaiunya yang tidak malu. Tetapi wanita yang beradab, memandang tinggi maruah dirinya tidaka akan sebarangan menilai dan  memilih calon suanminya.
 Yang pastinya setiap wanita memiliki hati yang halus dan sensitif, pandang dan kajilah seorang lelaki dengan mata hati bukan mata kasar.

1        agamanya lebih utama dari apapun, jangan salah pilih. Ada lelaki yang malas bekerja tapi rajin ke masjid. Kalau benar dia baik agamanya , dia tidak akan tinggalkan kerja untuk sekadar melepak dimasjid. Hidup mesti  seimbang dan agama ini bersifat seimbang llagi adil. Ada bahagian untuk akhirat dan ada juga bahagian untuk dunia.

2        Keturunan dan darjat yang soleh berasal dari keluarga yang beriman, tak kira kaya atau sederhana tetapi dipandang tinggi kerana ilmu dan akhlaknya.

3        bertangungjawab dan amanah. Kerjaya penting untuk membina masa depan, iman akan terjaga jika hidup tak merana, bagaimana mungkin boleh tenang beribadat jika tiada kerjaya yang baik, makan minum anak isteri tak terjaga, rumahtangga kelam kabut disebabkan kelemahan suami.

Ada juga wanita yang terpedaya dengan kisah-kisah romantis percintaan. Dalam kamus bercinta diajarkan supaya membuang ke tepi segala kelemahan setiap pasangan. Kalau hati sudah jatuh cinta terima saja di dia apa adanya! . falsafah ini sungguh menebarkan racun di dalam diri pasangan  yang mahu mendirikan rumahtangga. Nanti siapa-siapa saja yang kata nafsunya ok, lantaklah boleh jadi suami aku. Bahaya sungguh cinta buta itu. Maka gunalah mata hati temukan cinta sejati.

♥ Thanz sudi baca!Jangan lupa tinggalkan komen ♥

Catat Ulasan
Hak Cipta Terpelihara Csmaryam